Monday, October 26, 2009

ABSELILING

Abseiling (German: abseilen, "to rope down"), rappelling in American English, is the controlled descent down a rope.
Peralatan :
Harness(2.2KN), carabiner, sling, figure 8(decender), tali yang belum monopause( rope), grigri, glove, helmet, ATC ( mcm decender juga kerjanya) , guni untuk lapik tali.
Sebelum turun kenalah buat regangan otot supaya tak krem.... sambil-sambil tu nak hilang sikit rasa takut....he...he...he...

Ni lah teknik yang dapat aku buat, dari tingkat 11 tau..
Rasa gayat dan gerun bagai menggigit-gigit jantungku. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku meminta pengecualian dari aktiviti abseiling itu. Peralatan keselamatan telah siap terpakai. Bolehkah aku melakukannya? Kalau orang lain boleh buat, mengapa aku tidak?? Aku cuba memotivasikan diri dengan bisikan-bisikan positif. Ahli-ahli kumpulan yang telah melepasi cabaran itu turut memberi suntikan semangat kepadaku dengan senyuman gembira dan isyarat ‘thumbsup’ kepadaku . Ketar lututku apabila giliranku semakin hampir. Sambil memeriksa segala peralatan keselamatan, jurulatih terus memberiku kata-kata semangat. Dengan
membulatkan tekad, aku pun melepaskan genggaman perlahan-lahan dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim…. Tanpa aku sedari, aku sudahpun menjejakkan kaki ke tanah. Yessss! I did it! Alhamdulillah… “Encik, boleh saya turun sekali lagi?”. Ya, aku berjaya melakukannya. Rasa yakin diri kini menyusup ke hati. Kini, aku yakin aku mampu melakukannya. Lain kali, aku perlu yakin dan berani mencuba sesuatu yang baru. Belum cuba, belum tahu. Sekiranya diberi tugasan yang mencabar, aku perlu berani melakukannya. Tentu sekali persiapan fizikal, mental, emosi dan rohani diperlukan. Aktiviti abseiling memberi pengajaran sedemikian.

Taklimat, peralatan, persediaan aspek keselamatan dan suntikan semangat mempersiapkan peserta untuk cabaran itu. InsyaAllah setiap dari kami mampu melakukannya. Terlintas
di benakku, bagaimana ya kalau aku menarik diri awal-awal tadi? Aku mungkin tidak akan tahu bahawa aku sebenarnya mampu melakukannya. Aspek keselamatan dan prosedur terperinci untuk setiap aktiviti lasak. Encik Hisyam juga akan menunjukkan demonstrasi sebelum kami melakukannya sendiri. Bagaimana pula sekiranya kami mengalami gayat yang amat sangat? Tenaga pengajar berpengalaman memujuk dan memberi semangat kepada mereka yang sebegini. InsyaAllah dengan dorongan, bimbingan serta suntikan semangat dari rakan-rakan, mereka mampu melakukannya!. Keseronokan dan keyakinan yang terpancar di wajah kami selepas berjaya melepasinya.

No comments: