Monday, October 26, 2009

FLYING FOX

DO YOU WANT TO KNOW WHAT IS FLYING FOX?

The grey-headed flying fox, Pteropus poliocephalus, is a fruitbat native to Australia. Members of the genus Pteropus include the largest bats in the world.







DEFINE FLYING FOX?

Flying Fox is a hand-grip or riding car suspended by pulley from a cable along which one can roll above the ground; a zip line



PERALATAN YANG DI GUNAKAN:

AKTIVITI FLYING FOX.

Inilah kali kedua aku dengan aktiviti yang tinggi. fuh..bila nak turun memamg seronok campur gayat.... tapi nak pasangkan nya lagi penat.
Kami pada mulanya kena ikatkan tali kat pokok besar kat atas bukit (boleh tahan tingginya) dan sekali lagi kat pokok yang di bawah bukit. Kalau nak ikut tinggi lebih kurang banggunan tingkat 9 kot... dah tu panjang kebawah lebih kurang 50 meter. Banyak kederat di gunakan tuk tarik tali tu jadi tegang. Sekali rasa macam pertandingan tarik tali yang pernah aku sertai dulu wakil PDRM. yang tak tahan kalau lambat lock kan tali tu. bukan sorang punye keje. kat 8 orang gak yang nak kerjakanya.
Persiapan nak turun pun kena ikut peraturan plas lagi ngan peralatan.
Harness, Helmet, glove tangan, Double pulley with stainless steel sheaves and ball bearings, Karabiner dan Tali Sling . Apabila dah lengkap baru la.. nak turun . dalam masa yang sama juga aktiviti flying fox ini juga perlukan seseorang yang jaga tali stopper dan bertujuan nak slowkan pergerakan sesiapa yang nak turun nanti . Kesihan juga dia orang nak kena pakai glove tebal nak tahan kan kesan geseran tali nanti.
Maka dari itu seorang-seorang pun turun, dengan jayanya. kalau nak ikut dalam hati , perasaan , jiwa ni macam macam ada walaupun dah pernah turun sebelum ni Sungkai ketika menjalani latihan bina semangat untuk Team Sea Games. macam mana kata tak bila lapor nak turun pun ada yang tergagap.. he....he..
Dari situ dapatlah satu lagi pengalaman yang baru dalam cara memasang dan turun dengan cara yang betol. terima kasih Encik Hisyam kerana tunjuk ajar kepada kami.

A LOW ROPES COURSE





What is A Ropes Course?

Aropes course is a challenging outdoor personal development and team building activity which usually consists of high and/or low elements. Low elements take place on the ground or only a few feet above the ground. High elements are usually constructed in trees or made of utility poles and require a belay for safety.

What Are The Various Types of Ropes Courses?
Ropes courses evolved out of obstacle courses usually used in military settings. These military obstacle courses are targeted at physically-fit adults, while contemporary ropes courses are used by people of all shapes, sizes and abilities. Modern ropes courses consist of sophisticated elements that have been designed with safety as paramount.
Typically, low elements (those taking place on the ground) are structures used by groups to develop group dynamics
, communication and leadership
skills, and high elements (those taking place atop utility poles or in trees) are structures used by individuals to develop self-confidence, self-esteem and to learn to overcome personal challenges, fears and obstacles.
High ropes course
elements use complex belay systems, relying on ropes, harnesses, friction devices, carabiners and helmets. High ropes can be further described as being static or dynamic. Static ropes courses involve participants being secured (or secruing themselves) to an upper wire. Dynamic ropes courses involve participants being harnessed and connected to a rope that is belayed from a facilitator on the ground. Dynamic ropes courses can be considered safer, as once the participant is tied in, they remain tied in until the end of their participation. (All Berkshire Outdoor Center high ropes courses are dynamic (belayed) courses.)

Ropes course activities are designed to help participants (as individuals and as groups) enhance:

Cooperation - Many of the activities on the ropes course cannot be completed without cooperation from all group members.
Self-Esteem, Self-Confidence - High ropes course activities are more achievable than many participants think. Confronting fears and anxieties and then beating them boosts self-esteem and self-confidence.
Trust, Trustworthiness - Participants must have faith in one another to assist them in many ropes course elements.
Safe Risk-Taking - Participants are encouraged to move beyond their comfort zone in a safe environment. Risks are perceived, rather than actual.
Decision-Making - There are usually a number of sensible suggestions from participants as to how to achieve the task at hand. The group together must decide on which path to follow.
Teamwork (see Teambuilding) - including communication, sharing, persuading, participating, sharing, leading, following, respecting, understanding, encouraging.

TYPES OF LOW ROPES :-
1. Swingin Tyres
2. Balance Beam
3. Criss Cross
4. Multi vine
5. Swingin Tyres.
6. Foot Loop
7. Burma Bridge

8. Giant's/Jaccob Ladder
9. Monkey Cross
10. High Postman Walk
11. Foward Tension Traverse
12. Backward Tension Traverse
13. Chicken Walk
14. Leapord Crawl
15. Spider'web.














Mengenali Orientering


APAKAH ORIENTEERING


Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang menggunakan peta dan kompas. Sukan ini mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad kawalan, dan kad perakam.


Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira





SEJARAH ORIENTEERING

Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
• Memerlukan daya ketahanan.
• Stamina.
• Kecekapan berlari.
• Kekuatan mental.
• Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.


IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-
• World Orienteering Championships (WOC)
• World Cup (WC)
• Junior World Orienteering Championships (JWOC)
• Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
• World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas
Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.

DEFINASI ORINTEERING



Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik
kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas
yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi
mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari
harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

OBJEKTIF ORIENTEERING
• Membina sikap kerjasama, kepimpinan, kecekapan berfikir, menghayati alam semulajadi serta ketahanan diri terhadap rintangan-rintangan dan pandai menjaga harta benda keperluan sendiri.
• Memperolehi pengetahuan mengenai membaca peta dan kemahiran menggunakan kompas
• Memperolehi kemahiran memilih sasaran yang tepat serta penilaian sekeliling dengan bantuan peta atau kompas.
• Keseronokkan dan menguji kemahiran seseorag peserta.

JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
• Norwegian Event

KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING
• Sukan untuk semua
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
• Memberi cabaran & keseronokan
• Membina sikap positif & keyakinan diri
• Menggunakan persekitaran yang sihat
• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

TERMINOLOGI DAN ALATAN

Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.

Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
 Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
 Titik kawalan dengan tanda bulatan.
 Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
 ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

PETA
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

JENIS-JENIS PETA
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-
• Peta topo
• Peta panduan jalanraya
• Peta khusus
• Atlas
• Peta imejan satelit
• Peta orienteering

KANDUNGAN PETA ORIENTEERING
• Tajuk peta
• Arah Utara
• Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
• Petunjuk peta
• Garisan melaras utara-selatan
• Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.

WARNA-WARNA DALAM PETA
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF.

Warna tersebut adalah :-
• Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
• Perang - kontor & jalanraya
• Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
• Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
• Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
• Biru - kawasan berair

Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
• Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
• Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
• Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
• Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
• Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.

JENIS KOMPAS
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah :-
• Kompas Tentera
• Kompas Orienteering
• Kompas Marin
• Kompas Kiblat
• Kompas Digital
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.

KEGUNAAN KOMPAS ORIENTEERING
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
• Mengukur jarak
• Menentukan kedudukan
• Mencari arah

TEKNIK-TEKNIK ASAS
Teknik melaras peta

Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah untuk menentukan arah pergerakan. Terdapat dua cara untuk melaras Utara
peta iaitu :-
• Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling
• Menggunakan kompas

Teknik susur tangan
Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails).
Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri
berkenaan.


Teknik titik sasaran
Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang
berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui. Antara ciri yang
boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung
atau penjuru pagar dan sebagainya.
Pilih Titik sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan pergerakan apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur tangan.


PEMBACAAN KOM
Anatomi kompas orienteering
TEKNIK-TEKNIK ASAS
Teknik melaras peta
Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara
adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan
Garisan melaras
Arah pergerakan
Tapak lutsinar Perumah kompas
Anatomi kompas orienteering
TEKNIK-TEKNIK ASAS
Teknik melaras peta
Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara
adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan
Garisan melaras
Arah pergerakan
Tapak lutsinar Perumah kompas
Bearing sudut
Bearing ini dikenali sebagai bearing bulatan penuh yang ditunjukkan sebagaimana bahagian bulatan penuh 360°. Bearing dibaca dari titik utara mengikut arah jam. Protraktor boleh digunakan untuk membaca bearing pada peta topo. Sebagai panduan untuk bacaan, garisan tegak ( timuran) digunakan . Bacaan yang diperolehi dengan cara ini dinamakan bearing grid. Bearing A ke B ialah 150° manakala, bearing A dari B ialah 330°.



RELOKASI

Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat.
• Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu. Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
• Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh dilihat.
• Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah dilalui dan semak dalam peta.
• Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas.
• Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
• Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.

PEMBATALAN PENYERTAAN
Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ) apabila berlakunya perkara-perkara seperti berikut:-
• Gagal memulangkan kad kawalan.
• Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
• Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
• Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
• Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
• Meniup wisel tanpa alasan munasabah.
• Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
• Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara.

PROSEDUR
• Pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang memudahkan larian.
• Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan pertandingan.
• Jangan berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya.

Pendaftaran/permulaan
• Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasan yang sesuai untuk anda.
• Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula.
• Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kad kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan.
• Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertama dan seterusnya.

Di garisan Penamat
• Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tamatakan dicatatkan pada kad anda.
• Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.
• Semua peserta mesti melaporkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskan pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yang hilang.

ABSELILING

Abseiling (German: abseilen, "to rope down"), rappelling in American English, is the controlled descent down a rope.
Peralatan :
Harness(2.2KN), carabiner, sling, figure 8(decender), tali yang belum monopause( rope), grigri, glove, helmet, ATC ( mcm decender juga kerjanya) , guni untuk lapik tali.
Sebelum turun kenalah buat regangan otot supaya tak krem.... sambil-sambil tu nak hilang sikit rasa takut....he...he...he...

Ni lah teknik yang dapat aku buat, dari tingkat 11 tau..
Rasa gayat dan gerun bagai menggigit-gigit jantungku. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku meminta pengecualian dari aktiviti abseiling itu. Peralatan keselamatan telah siap terpakai. Bolehkah aku melakukannya? Kalau orang lain boleh buat, mengapa aku tidak?? Aku cuba memotivasikan diri dengan bisikan-bisikan positif. Ahli-ahli kumpulan yang telah melepasi cabaran itu turut memberi suntikan semangat kepadaku dengan senyuman gembira dan isyarat ‘thumbsup’ kepadaku . Ketar lututku apabila giliranku semakin hampir. Sambil memeriksa segala peralatan keselamatan, jurulatih terus memberiku kata-kata semangat. Dengan
membulatkan tekad, aku pun melepaskan genggaman perlahan-lahan dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim…. Tanpa aku sedari, aku sudahpun menjejakkan kaki ke tanah. Yessss! I did it! Alhamdulillah… “Encik, boleh saya turun sekali lagi?”. Ya, aku berjaya melakukannya. Rasa yakin diri kini menyusup ke hati. Kini, aku yakin aku mampu melakukannya. Lain kali, aku perlu yakin dan berani mencuba sesuatu yang baru. Belum cuba, belum tahu. Sekiranya diberi tugasan yang mencabar, aku perlu berani melakukannya. Tentu sekali persiapan fizikal, mental, emosi dan rohani diperlukan. Aktiviti abseiling memberi pengajaran sedemikian.

Taklimat, peralatan, persediaan aspek keselamatan dan suntikan semangat mempersiapkan peserta untuk cabaran itu. InsyaAllah setiap dari kami mampu melakukannya. Terlintas
di benakku, bagaimana ya kalau aku menarik diri awal-awal tadi? Aku mungkin tidak akan tahu bahawa aku sebenarnya mampu melakukannya. Aspek keselamatan dan prosedur terperinci untuk setiap aktiviti lasak. Encik Hisyam juga akan menunjukkan demonstrasi sebelum kami melakukannya sendiri. Bagaimana pula sekiranya kami mengalami gayat yang amat sangat? Tenaga pengajar berpengalaman memujuk dan memberi semangat kepada mereka yang sebegini. InsyaAllah dengan dorongan, bimbingan serta suntikan semangat dari rakan-rakan, mereka mampu melakukannya!. Keseronokan dan keyakinan yang terpancar di wajah kami selepas berjaya melepasinya.

Saturday, August 29, 2009

BYE-BYE PULAU KAPAS




JAUH DI SUDUT HATI KENANGAN BERSEMADI......














APA LAGI KEJE LE..... ANGKAT BARANG -BARANG TU......... JANGAN TENGOK JE....
BERAT SAMA DI PIKOL RINGAN SAMA DI JINJING.



































































































































Thursday, August 27, 2009

BERKAYAK PUSING PULAU KAPAS
















NI CITE BAB BEKAYAK KELILING PULAU LAK....





Kalau nak tahu bukan senang bagi kami yang baru nak belajar handel kayak. Macam - macam facion cara bekayak... dah kena tegor ngan lec...baru nak betol sikit. Jauh gak perjalan kite orang pusing satu pulau kapas tu.. lebih kurang dekat 2 jam.. tu tak termasuk berhenti kat point satu dan point dua.Antara kami ni tak ramai yang pandai berenang jadi tawakal je lah masa ni lah kami cuba menikmati keindahan kawasan pulau tu. yang penting semangat mahu tinggi. maklumlah umur masing-masing.....
kat sini lah kami belajar untuk bekerjasama kalau nak hendal sorang-sorang letih gak. menguji kesabaran betul.....
Bagi diri saya lak .... ni lah yang menguji ketahanan mental saya, adalah cerita di sebalik teman berkayak... cuma yang perasan saja yng tahu apa yang terjadi.... kalau diceritakan tak baik la pulak... tuhan je yang tahu.... walau dah cuba.. tapi sabar je lah.....
Walaumacam mana pun saya tetap faham tak semua antara kami ni pandai berkawak ....
Cap Sight pekara yang paling best sekali...
Kami di beri masa 8 minit untuk berada dalam keadaan asal....
kali pertama kami tak berjaya kerana masih ada diantara kawan-kawan yang berada dalam air tapi untuk kali kedua kami berjaya. Bukan apa, di sinilah kami diuji untuk tidak pentingkan diri dan semangat kerjasama membantu kawan-kawan dikala susah.... memang masa tu tak ingat apa dah janji semua kawan-kawan selamat... best kalau diingatkan kembali saat itu kalau boleh nak lagi buat aktiviti ni... bak kata fesi. ynag lain Enjoy......

Monday, August 24, 2009

KERJA.... SAMA.....











HA ....APA YANG PENTING......... KER.....JA ...... SAMA.

KALAU DI TENGOKKAN BARANG NAK DI BAWA MACAM DAH TAK NAK BALIK TAPI CUMA BEEBERAPA HARI JE..... TU LAH SAMA-SAMA KERJA ANGKAT BARANG NAIK BOT MERIN POLIS. PENAT TAPI BEST... TAK KIRA MATAHARI DAH TINGGI....

PERSIAPAN NAK PEGI PULAU KAPAS

Sampai di hentian pertama ( kat surau PGA Marang, Terangganu)
kat sini kami rehat sementara nak menanti hari siang untuk perjalan seterusnya.
Perhatian :-
tahu masa ni semua penat gila......
dah tengah malam....

Monday, August 10, 2009

Belajar Berenang..... kat kolam

Hari pertama pegi belajar berenang kat kolam....
mak.. ooi.... sabar je laa...
First belajar buat bubble n benafas kat dalam air....
Tahan la kot dalam 40 saat. naik turun - naik turun muka dalam air kolam tu....
tu kira okey la.. tapi ada gak member yang terminum air kolam tu...... pengalaman- pengalaman... .
Dah tu yang kedua -
Kena belajar kicking dalam air nak kejang gak otot kaki kami..
tapi okey la dapat buat. yang kelakar tu. adalah seorang hamba Allah yang umur baru 5-6 tahun datang kat kami yang tengah belajar ni... maka tenunglah dia kat kami.. terasa gak malu... kat dia. maklum la tempat buat latihan tu dalam lebih dari 6 meter .
Apabila dah dapat step kedua maka mula dengan step ke 3.....
Terjun dalam air yang agak dalam ( terjun botol)....
1...2....3... tutup hidong terjun .. bila sampai bawah lonjak keatas dan muka pandang keatas...
katanya lec..
Maka sorang- sorang terjun.. (masing - masing tahu hati n perasaan masing....) tapi cover line...
sampai masa saya mula-mula tak konfiden.. pakai life jec. ... . terjun.... terasa tak best...
maka pada masa tu gak nak try lagi sekali tak pakai lefe jec...
tuhan je yang tahu gemuruhnya.....
tapi akhirnya berjaya gak.....
Dah tu seterusnya kami di suruh berenang....
Tersebut la ... al kisah free style, kampong style, n apa - apa lagi style.....
tak kira la, orang kampong ke .... Sabah ke .... Sarawak ke..... sama je .. maklumla tak pernah dapat proper leaning.. tak dapat di gambarkan....
setelah di tunjuk cara ... baru la dapat skill sikit.......
berenang cam katak pun tak pe..lah janji leh selamatkan diri.... tul tak..
Cabaran seterusnya sessi menyelamat kawan - kawan....
Masa tu kami di ajar untuk mengunakan tali penyelamat.
sorang kat tengak kolam n sorang lagi kat tepi tebing. itu lah situasinya..
nampak je senang nak balingkan tali tu ..... tapi ada juga yang baling tak sampai , kalau tak sampai kena gulong balik tali tu kat dalam beg dah le tu bila baling kena la tarik member yang konon nya nak di selamatkan. ada yang tak dengar lec.. cakap apabila nak sampai tu tahan bahagian kepala kawan dan di tarik tu tapi dalam seronok-seronok tu ada gak yang terantuk dinding kolam.
Satu lagi nak angkat mangsa keluar dari kolam... macam-macam ada yang sakit pinggang salah angkat.......
Fhoo....... tu la cite kita kali ni, nampak senang tapi bukan senang... kena usaha lebih...

Atikah a's Connections on Yahoo!

Atikah a's Connections on Yahoo!